Tuesday, 28 June 2011

Realiti dan fakta: 10 bandar paling jarang di lawati

10 BANDAR PALING JARANG DI LAWATI DI DUNIA:

  • Akiak, Alaska

"Akiak" jika secara langsung diterjemahkan menjadi "sisi lain" dan penduduk pada tahun 2000 hanya 309 orang. Bandar ini mempunyai lapangan terbang yang dijaga baik dan menyediakan akses ke pesawat terbang peribadi dan sewaan. Bandar ini tidak ada cukai, tidak ada harta benda dan tidak ada yang istimewa tentang harta benda.


  • Setiap bandar di Sri Lanka

Orang mungkin tahu bahawa jika mereka ingin bercuti dengan damai dan tenang, mereka harus tinggal jauh dari Sri Lanka. Walaupun anda akan mencari tempat untuk bersenang-senang, penduduk akan terus bercerita tentang betapa miskin negara ini atau bagaimana bermaharajalelanya masalah rasuah.


  • Youngstown, Ohio

Orang tidak mengunjungi Youngstown kerana mereka tahu bahawa ada kemungkinan bahawa anda akan ditembak mati jika anda kebetulan melangkah keluar dari rumah atau hotel. Bandar ini terjadinya rasuah secara terang-terangan. Terdapat fakta bandar ini dikenali sebagai bandar pembunuhan dunia sehingga anda tidak datang ke bandar ini.


  • Mallocra,Sepanyol

Bandar di Sepanyol ini telah melakukan sesuatu untuk meningkatkan reputasinya. Penduduk bandar ini dikatakan kasar dan luar biasa tidak bersahabat. Mereka yang telah mengunjungi bandar ini mencadangkan tidak patut tinggal di bandar ini .


  • Arvin, California

Bandar di California ini dikatakan paling berasap/berkabut di negara ini. Udara begitu tebal yang membuat sukar untuk melihat orang berjalan di hadapan anda pada waktu malam. Sekiranya anda tidak mahu paru-paru anda hitam dan mendapat penyakit paru-paru elakkan dari mengunjungi Arvin.


  • Linfen, China

Bandar ini mempunyai penduduk lebih dari 4 juta. Akibatnya , kenderaan dimana dan berlakunya pembakaran karbon monoksida di semua tempat menyebabkan semua tercemar. Penduduk sesak nafas dan air minum bercampur dengan arsenik.


  • Norilsk, Rusia

Bandar ini mempunyai 134 ribu penduduk dan industri terbesarnya ialah memproses logam berat terdapat di sini. Asap berasid yang dilepaskan ke udara sangat berbahaya dan mengurangi harapan hidup seseorang oleh sekurang-kurangnya 10 tahun.


  • Dakar, Senegal

Bandar ini merupakan pusat kosmopolitan paling terkenal di Afrika Barat, tapi kerana berada dalam jarak berhampiran ke The Baie de Hanne, sangat tidak popular di kalangan pelancong. The Baie de Hanne memberikan air minum 'bersih' bagi rumah tangga tetapi sebenarnya adalah dicampur dengan kumbahan dan asid logam.


  • Sumgayit, Azerbaijan

Bandar ini sangat popular dan dikenali sebagai pengeluar racun serangga dan bahan kimia tertentu. Namun, juga diketahui membuang sisa kumbahan ke Laut Kaspia yang menyebabkan penyakit kanser telah meningkat secara mengejutkan selama beberapa tahun terakhir. Tidak ada sesiapa pun yang ingin menderita kanser datang ke bandar ini


  • La Oroya, Peru

Bandar ini dikenali kerana industri peleburan logam seperti timah dan tembaga. Hampir setiap anak di bandar ini menderita penyakit kerana pembuangan sisa kumbahan beracun yang tinggi yang telah masuk ke dalam aliran darah penduduk. Bandar ini boleh berubah menjadi gurun kerana hujan asid yang kerap berlaku.


Lawak Gler: Koleksi lawak 2

Kisah Pertama:


Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!






Kisah Kedua:


Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak gila!

Doktor: Jgn bimbang. Bagi saya masa dua tahun, masalah awak akan selesai.Datang jumpa saya tiga kali seminggu.

Malek: Berapa bayarannya utk sekali pertemuan?

Doktor: Tak mahal..hanya RM 100 sahaja.

Enam bulan kemudian, doktor bertemu Malek sedang membeli-belah.

Doktor: Kenapa tak datang jumpa saya?

Malek: Masalah dah selesai. Penjaga kedai seberang jalan tu ubatkan saya.

Doktor: Ya..bagaimana?

Malek: Dia suruh saya potong kaki katil.... 





Kisah Ketiga:


Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"

" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

" Bang!! Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.

" SODAQALLAHULAZEEM "

Tu lah dahsyat nya malam Jumaat...... 

Malaysia: Homestay pilihan

Homestay Casa Persona, Taiping, Perak

Homestay Bandar Warisan, Melaka

Homestay Kg Batu Laut, Kuala Langat, Kuala Lumpur

Homestay Papitusulem, Sabak Bernam, Selangor

Homestay Damai Saujana, Sungai Petani, Kedah

Homestay Parit Bugis, Muar, Johor

Homestay Kg Sungai Itau, Langkawi, Kedah

Homestay Banghuris, Sepang, Selangor

Gajet & IT: Pilihan minggu ini

Entri kali ini akan membincangkan mengenai gajet pilihan pada minggu ini.


Pasti ramai dalam kalangan kita yang tidak mengetahui gajet yang terdapat pada masa kini

Lets check out a new gadget...

Samsung ST700 DualView

  • Menggunakan teknologi dwi skrin bagi memudahkan pengguna merakam gambar sendiri.
  • mempunyai skrin LCD 1.8 inci di depan dan skrin LCD sesentuh 3.0 inci dengan smart access UI di belakang kamera untuk paparan imej yang tajam
  • Mempunyai 16.1 megapixel dan lensa 26mm 5x zum optik untuk merakam suasana bersejarah yang sempurna.
  • Turut menggabungkan ciri rakaman video kompak HD dengan ciri menarik seperti Smart Filter 2.0.
HP Pavilion Slimline s5

  • Komputer yang hanya memerlukan ruang yang kecil
  • Menggunakan Intel Core i5-2500S 3.7GHz, DMI 2.5GT/s, 4GB 1333MHz DDR3, 1TB SATA 3G(7200rpm) cekera keras, 6 USB 2.0, 1DVI; 1 VGA via dongle; 1 HDMI
  • Grafik pula disokong oleh AMD Radeon HD 6450 (1GB)
  • Audio pula menggunakan sistem bunyi 5.1
  • Harga anggaran pasaran semasa : RM 2,888
MSI GT68OR

  • Menggunakan pemprosesan Intel 2ng Generation Core i7
  • Turut di lengkapi dengan teknologi Turbo Boost 2.0 bagi meningkatkan keupayaan pengkomputeran pada semua teras manakala teknologi Quick Sync Video bagi keupayaan multimedia
  • Kad grafik yang digunakan pula ialah nVidia GeForce GTX 460M dengan 1.5GBGDDR5 memori.
  • Menyokong DirectX 1.1 serta dapat menampung sehingga 16GB memori DDR3 dan juga sistem bunyi THX TruStudio Pro.
  • Sesuai bagi gamers dan juga pengguna multimedia
  • Harga anggaran pasaran : RM 6,999
Sony Ericsson PLAY

  • PLAY adalah gabungan telefon pintar Xperia dan PlayStation yang mengokong rangkaian 2G, 3G dan HSDPA serta wi-fi.
  • Dimensi telefon adalah 119 x 62 x 16 mm dengan berat 175g
  • Dilengkapi dengan skrin sesentuh LCD, 16 juta warna saiz 4.0 inci dengan resolusi 480 x 854 pixels.
  • Turut menyediakan kawalan permainan sensitif sentuhan, bebutang permainan PSP, pengesan untuk Ui pusingan auto dan input multisesentuh.
  • Masa bersedia ialah 425jam dan masa berbual sehingga 8jam 25minit
Nikon Coolpix P500

  • Mempunyai 12.1 megapixels, lensa f=4.0-144mm / F3.4-5.7 dengan 36x zum optik dan 4x zum digital, penstabil imej gabungan Image Sensor dan Electronic VR.
  • Selain itu mempunyai skrin LCD 3.0 inci dengan keupayaan boleh pusing
  • Storan kad memori SD dan memori dalaman kira-kira 102MB
  • Turut menyediakan Continuous Modes, ciri rakaman One-Touch yang akan merakam dengan enjin Nikon EXPEED C2.

Pelik tapi benar: Restoran pelik di dunia

Entri kali ini akan mengupas mengenai beberapa restoran yang mempunyai reka bentuk dan  konsep yang pelik.



  • Toilet Restaurant (TAIWAN)


Restoran yang berilhamkan tandas, dihiasi dengan rekaan-rekaan tandas. Pelanggan akan duduk di tepi meja yang diperbuat dari bathtub, kerusinya diperbuat seperti tandas, hidangan makanan juga diletakkan di dalam pinggan dan mangkuk berbentuk tandas

  • Restaurant in the sky (Belgium)
Restoran yang boleh menampung sehingga 22 orang, terletak pada ketinggian 150 kaki di udara. Meja dan kerusi  diangkat oleh kren di mana bayaran boleh mencecah sehingga 8 ribu euro.

  • Medical Restaurant (Taipei)
Restoran yang bertemakan perubatan, tongkat dihiaskan di dinding restoran, pelayan berpakaian seperti jururawat, dan minuman dihidangkan di dalam botol IV drip!

  • Restaurant in a Prison (Italy)
Restoran yang teletak di dalam sebuah penjara di Itali yang berusia 500 tahun. Pekerja-perkerja restoran adalah banduan penjara itu sendiri yang dikawal ketat oleh warden penjara. Restoran ini cukup terkenal sehingga tempahan meja dilakukan seminggu lebih awal.

  • Undersea Restaurant (Maldives)
Restoran di bawah laut pertama di dunia, di bawah lautan Hindi. Anda pasti suka.. :)

  • Dark Restaurant (China)

Restoran yang dicat sepenuhnya dengan warna hitam dan gelap sepenuhnya. Pelanggan akan dibawa masuk ke dalam restoran dan makan dengan menggunakan night vision goggle.  Lampu, telefon bimbit dan benda berlampu dilarang dibawa masuk ke dalam restoran ini.




Info: Fakta menarik tentang lelaki dan perempuan

Fakta Menarik Lelaki & Perempuan


  • Lelaki lebih lama membaca berbanding perempuan tetapi lebih ramai perempuan yang membaca daripada lelaki 
  • Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.
  • Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.
  • Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

  • Penelitan di Australia, tiga kali ganda lelaki berbanding wanita yang meninggal kerana kanser paru-paru dan penyakit jantung.
  •  Wanita lebih banyak menggunakan kata ganti diri “Saya” berbanding lelaki.
  •  Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru. 
  • Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri banding lelaki setelah usia 65 tahun.
  • Kira-kira 48 % lelaki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.
  • Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang banding lelaki. suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar.
  • Lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logik ) pada waktu bersamaan.

  • Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan berat otak lelaki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.
  • Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih. 
  • Wanita sangat selalu memikir masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).



Monday, 27 June 2011

K-pop: Brown Eyed Girls

K-pop entri kali ini berkisar mengenai salah satu kumpulan wanita korea iaitu Brown Eyed Girls.

Brown Eyed Girls, B.E.G. merupakan kumpulan wanita korea di bawah kendalian Nega Network. Semenjak kemunculan sulung pada tahun 2006, kumpulan ini telah meraih banyak populariti semenjak muncul dengan lagu single mereka pada tahun 2008, iaitu "love".
Ahli-ahlinya terdiri daripada 4 orang wanita iaitu Jea sebagai ketua kumpulan, Narsha, miryo dan Ga-in.
Antara anugerah yangt pernah di menangi mereka semenjak 2006 ialah anugerah artis baru ketika 16th Seoul Music Awards, Anugerah digital Awards ketika 23rd Golden disc Awards, Best house & Electronic Song menerusi lagu "Abracadabra" dan Kumpulan terbaik pada anugerah Mnet Asian Music pada tahun 2009. Selain itu Best Dance & Electronic Album menerusi 'Sound-G' dan Best dance & electronic song pada 7th Korean music Award tahun 2010.  
BIODATA AHLI KUMPULAN
Miryo

  • Name: Cho Mihye
  • Stage Name: Miryo
  • Birthday: November 2, 1981
  • Position: Rapper


Narsha

  • Name: Park Hyojin
  • Stage Name: Narsha
  • Birthday: December 28, 1981
  • Position: Main Vocalist


Jea

  • Name: Kim Hyojin
  • Stage Name: Jea
  • Birthday: September 18, 1981
  • Position: Leader, Lead Vocalist


Ga-in

  • Name: Son Ga-in
  • Stage name: Ga-in
  • Birthday: September 20, 1987
  • Position: Vocalist