Saturday 6 October 2012

Info: Masjd Jin

Pernah dengar mengenai JIN? atau pernahkah anda berjumpa atau ternampak JIN?

SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI JIN

Jin membawa maksud yang berbeza bergantung kepada agama yang di anuti orang itu
Jin adalah satu nama dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.
Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakkan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin.



MASJID JIN

Masjid Jin (The Mosque of Jinni) ialah sebuah masjid yang terletak di sebelah kiri jalan naik ke perkuburan Ma’la di samping bersebelahan dengan Jambatan Penyemberangan di Kota Suci Makkah al-Mukarramah.
Dinamakan demikian kerana di sanalah Nabi Muhammad telah menulis sepucuk surat kepada Ibnu Mas’ud yang ketika itu beliau (Ibnu Mas’ud) menerima "Serombongan Jin" (Jinni Caravans) yang ingin membai’at Nabi Muhammad SAW, yang sebelumnya mereka yakni golongan Jin tersebut pernah menemui Nabi Muhammad di Nakhlah dalam perjalanan Nabi pulang dari Ta'if pada tahun kesepuluh kenabian. 
Masjid Jin juga turut diberi jolokan dan gelaran sebagai Masjid Al-Haras, dan dibaikpulih kembali pada tahun 1421 Hijrah.


SEKITAR MASJID JIN




No comments:

Post a Comment