Wednesday, 13 April 2011

Info: 10 perkara lelaki suka tentang perempuan

Entri info kali ini akan bercakap mengenai perkara lelaki suka tentang seseorang perempuan itu. Pada entri yang lepas telah dibicarakan mengenai perkara lelaki yang perempuan harus tahu.




1. Sentiasa tersenyum apabila berbicara

  •  Jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Cukuplah sekiranya seseorang perempuan itu menggunakan perkataan yang manis pabila berbicara dan tidak terlalu gembira. senyum tu biarlah bertempat dan kena pada masanya. :-)

2. Merendah diri
  • Bagi seorang lelaki, maruah amat penting sekali. Lelaki tidak suka direndah-rendahkan lebih2 lagi di hadapan seorang wanita. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

3. Bijak menyesuaikan diri

  • Lelaki lebih gemar seseorang wanita itu mudah serta bijak dalam menyesuaikan diri di mana-mana jua. Lagi baik apabila wanita tersebut bijak menyesuaikan diri di khalayak orang ramai atau di hadapan kawan-kawan mereka. Pasti si dia tersenyum melihat personaliti kamu itu.

4. Bersikap matang apabila bersama
  • Ada sesetengah lelaki lebih gemar wanita yang bersikap keanak-anakan. Tetapi kebanyakan lelaki terutama yang bekerjaya lebih suka wanita yang bersikap matang dalam diri mereka.  Apatah lagi apabila seseorang itu sudah berusia.

5. Lemah lembut

  • Sifat ini saja sudah cukup mencairkan hati seseorang lelaki itu. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan. jadi, berhati-hati apabila hendak bermanja dengan si dia.

6.  Bersifat jujur dan tidak memendam perasaan
  • bersikap jujurlah terhadap pasangan anda. Si dia pasti akan lebih menyukai dan menghargai anda kerana lelaki lebih suka wanita yang sentiasa jujur dalam apa jua situasi dan tidak menipu.

7. Penampilan yang sederhana

  • Berbeza dengan lelaki yang lebih suka bersederhana dalam pemakaian, perempuan pada masa kini lebih suka menunjuk-nunjuk pemakaian mereka. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Tidak terlalu memakai pakaian yang menjolok mata kerana lelaki lebih suka perempuan memakai pakaian sederhana yang tidak menarik perhatian ramai.
  • Ingatlah bahawa kecantikan itu hanyalah subjektif

8. Jangan bercakap perkara remeh temeh

  • Cakaplah perkara yang penting sahaja dan sedap didengar oleh seorang lelaki kerana perkara remeh temeh yang anda bicarakan hanya akan menyebabkan si dia bosan dengan sikap anda lagi. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat. Lebih tepat lagi berkongsilah cerita hobi lelaki berkenaan.

9. Susuk tubuh yang menarik


  • Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

10. Sifat banding membanding
  • Bagi seorang lelaki,menjadi lumrah bagi seseorang itu untuk lebih menarik daripada lelaki lain. Tetapi jangan sesekali membandingkan diri si dia dengan lelaki lain.  Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi

No comments:

Post a Comment