Wednesday, 29 June 2011

Lawak Gler: Koleksi lawak 3

Kisah Pertama:



Amin diterima bekerja di sebuah zoo. Tugasnya adalah untuk memakai sut monyet yang disediakan dan bergayut di atas pokok seperti monyet yang sebenar. Oleh kerana Amin mempunyai pengalaman memanjat di kampungnya, maka kerja tersebut tidaklah terlalu sukar untuk dirinya. Namun begitu,pada suatu hari,dia terjatuh ke dalam kandang harimau yg bersebelahan kandangnya. Apa lagi, kecut perutlah si Amin ni apatah lagi melihatkan harimau tersebut sedang menghampirinya.. dia pun menjerit sekuat hati meminta pertolongan..
Amin: tolong2! Matilah aku macam ni. Menyesal betul la aku amik kerja ni. tolong2! Aku manusia la, bukan monyet. Jgn makan aku.
Harimau tersebut semakin lama semakin menghampiri diri Amin... lalu harimau tersebut pun berkata..
Harimau: Ssshhh! Baik kau diam..karang tak pasal2 kita berdua kena buang kerja.


Kisah kedua: 


Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”





Kisah Ketiga: 





Suatu hari dua orang kaya sedang duduk-duduk di cafe, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing
Org kaya I: “Kau nak tau tak orang gaji aku tu bodoh nak mampus. Kalau tak caye lihat ni…”
Terus dia panggil si Adi orang gajinya.
“Adi, ini RM10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari.” Adi pun menjawab dengan sopan, “Yes Sir !! Right Away !!”
Terus dia bergegas kekedai yang ade jual kereta. Orang kaya I itu terus mengatakan pada kawannye tu, “tengok kan betul tu?. dia bodoh nak mampus”
Org Kaya II: “Haha, itu tak de ape-ape lagi… saya punya orang gaji lagi bengap”.
Terus si org kaya II memanggil Ali, “Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak”
Ali: “Yes Sir !! Right Away !!” ali pun bergegas ke rumah tuannya.
Orang kaya II memandang temanye sambil ketawa Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu ditengah jalan.
Adi: “Ehh you know, my boss is soooo stupid lah. Dia bagi aku $10 dollar dan suruh pergi beli ferrari, manalah boleh kan ari ni ari minggu tentulah kedai tutup.. “
Ali: “My boss pun stupid dum dum gak. Ada ke dia buleh suh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak..”


Kisah Keempat:




Suatu malam, seorang pemuda datang ke sebuah restoran dan membeli beberapa ketul ayam goreng. Ia membawa ayam gorengnya ke taman, untuk dinikmati bersama kekasihnya di bawah sinar rembulan yang romantis. Ketika membuka bungkusan ayam goreng itu, pemuda itu terkejut
Bukan ayam yang didapatinya, melainkan wang hasil penjualan restoran itu sebanyak RM1000. Pemuda itu kemudian mengembalikan wang itu dan meminta ayam goreng sebagai gantinya.

Pemilik restoran, merasa kagum atas kejujuran si pemuda, menanyakan namanya dan mengatakan hendak menelefon wartawan Metro dan TV3 agar membuat cerita tentang si pemuda. Ia akan menjadi pahlawan, sebuah contoh nilai kejujuran dan moral yang akan menjadi contoh kepada yang lain!

Namun pemuda yang sedang lapar itu menolaknya. "Kekasihku sedang menunggu
. Aku hanya inginkan ayam gorengku."

Pemilik restoran menjadi semakin kagum atas sikap si pemuda yang begitu rendah hati. Ia terus memohon agar diizinkan menceritakan kejadian itu kepada wartawan. Pada saat itulah si pemuda jujur menjadi marah dan meminta ayam gorengnya.

"Aku tidak mengerti" kata pemilik restoran. "Anda adalah satu-satunya pemuda jujur di tengah dunia yang tidak jujur! Ini merupakan suatu kesempatan yang baik untuk mengatakan kepada dunia bahawa masih ada orang-orang jujur yang mau bertindak benar. Saya mohon, beritahukan nama anda dan juga nama wanita itu. Apakah ia isterimu?"

"Itulah masalahnya," kata si pemuda. "Isteriku ada di rumah
dan wanita di dalam kereta itu adalah kekasihku. Sekarang berikan ayamku agar aku dapat pergi dari sini."

No comments:

Post a Comment