Pernah terfikir mengapa anda masih bujang? Kebiasaannya penampilan seseorang lelaki itu penting kerana mencerminkan peribadi seseorang laki. So, lets check out 15 langkah mudah berfesyen bagi lelaki.
1. Pilih pakaian yang fit - Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan. Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat.
2. Simple tapi smart - Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.
3. Santai bukan membosankan - Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat santai di televisyen.
5. Tidak shopping berseorangan - Jangan amalkan keluar shopping berseorangan. Ajak member seorang pun jadilah. Tapi member bukan sekadar member, cari member yang boleh bagi pendapat jujur. Kata-kata member lagi boleh dipercayai berbanding penjual berkenaan.
6. Sentiasa peka - Jangan terlebih berfesyen kerana pasti akan buat anda nampak cacat, tapi jangan takut untuk berfesyen. Sentiasa fikir apakah event yang anda akan pergi. Kalau dah bercadang nak pergi ke tempat yang panas, takkan nak pakai sweater yang tebal. Jika anda pergi ke event yang dihadiri oleh bos anda, takkan anda nak nampak lebih menyerlah berbanding bos anda. Silap-silap bulan depan dapatlah surat berhenti kerja.
7. Jangan mengabaikan benda yang remeh-temeh - Lelaki biasanya akan menganggap bende remeh temeh seperti cara pemakaian scarf. Mesti akan kata, "Ah, bedal jelah...." Sebenarnya benda yang anda rasakan temeh tulah yang mampu memberikan impak yang besar.
8. Belanja lebih untuk kasut - Apa salahnya jika berbelanja lebih untuk sepasang kasut. Tetapi jangan beli saja mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki sekalian bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang dipakai lelaki. Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan sesuai ke tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor. Kasut melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.
9. Berhati-hati memilih t-shirt - Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.
10. Jangan terikut pada trend - Jangan biasakan mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan kekal lama. Kekal dengan citarasa yang anda suka. Kerana tak guna kalau membeli pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai.
11. Jangan beli kerana brand - Sebelum anda beli sesuatu pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda membeli kerana brand pakaian tersebut atau kerana nampak smart. Biar beli pakaian yang murah tapi smart berbanding beli pakaian mahal tapi buruk macam kain lap kat dapur.
12. Teruskan membentuk image tersendiri - Cuba bentuk style anda yang tersendiri. Bukan bermakna anda menjadi the next lady gagap tetapi jadi seseorang yang kalau disebut saja nama anda, kawan-kawan akan mula berfikirkan tentang cara pemakaian anda.
13. Jangan malu untuk meminta pendapat - Rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.
15. Bereksperimen dengan gaya - Jangan takut untuk memakai sesuatu yang baru. Jika selalunya anda pakai baju yang gelebeh, cuba pakai baju yang fit untuk nampak lebih tegap. Jika selalu anda sikat rambut ke hadapan, apa kata sikat rambut ke belakang untuk nampak lebih bertenaga dan berani. Semuanya terletak pada keberanian anda dan bukannya kepelikkan anda.
nice entry..
ReplyDelete