Friday, 15 June 2012

Haiwan Peramal Keputusan Bola Sepak Yang Terkenal

SEBELUM pemasyhuran Sepanyol sebagai juara kejohanan akhir Piala Dunia 2010 kira-kira dua tahun lalu, sotong kurita yang diberi nama Paul telah mendapat perhatian awal daripada seluruh peminat bola sepak dunia.
Entri kali ini akan berkongsi dengan anda mengenai beberapa haiwan psikik yang terkenal dalam meramal keputusan perlawanan bola sepak peringkat antarabangsa seperti EURO, WORLD CUP dll. 
So, Lets check out :)




HAIWAN PSIKIK PERAMAL KEPUTUSAN

PAUL SI SOTONG KURITA

Sotong yang berasal dari Weymouth, England itu meramal tepat tujuh keputusan perlawanan pasukan Jerman, termasuk kekalahan mengejut kepada Serbia ketika saingan di peringkat kumpulan pada temasya yang berlangsung di Afrika Selatan itu.


CITTA SI GAJAH

Citta the Elephants dari Zoo Krakow, Poland turut gagal dalam percubaan pertamanya. Gajah betina berusia 33 tahun itu sebelum ini meramalkan tuan rumah, Poland bakal memenangi perlawanan pembukaan Euro 2012. 


YVONNE SI LEMBU

Yvonne, mula terkenal selepas media melaporkan kisah haiwan itu yang berjaya mengelak daripada disembelih dengan melarikan diri dari Austria sehingga ke Bavaria pada Mei tahun lalu. Yvonne membuat keputusan yang kurang popular di negaranya apabila meramalkan pasukan Jerman kalah kepada Portugal. Bagaimanapun, pasukan Jerman berjaya menewaskan Portugal 1-0.


ROSI SI SOTONG KURITA

sotong kurita dikenali sebagai Rosi dari Rosenheim menjadi pujaan rakyat di negara itu kerana dipercayai mempunyai kuasa tilikan seperti Paul. Bagaimanapun,  terpaksa bersara awal selepas tersilap membuat ramalan menyatakan pasukan Bayern Munich akan menewaskan Chelsea pada kejohanan Liga-Liga Juara.


FRED SI FERRET

Fred the Ferret (Fred), yang menetap di Zoo Kharkiv, Ukraine merupakan pilihan terbaik setakat ini selepas Paul. Dia dipilih dalam kalangan peminat-peminat pasukan bola sepak tempatan, Metalist Kharkiv yang juga dikenali dengan gelaran Ferret.


BIG HUAT SI AROWANA

eekor ikan arowana yang bernama Big Huat memilih pasukan Sweden akan menang dalam perlawanan menentang skuad England pada Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012. Sebelum ini, ikan tersebut telah meramal dengan tepat tiga perlawanan bola sepak Euro.


No comments:

Post a Comment