Wednesday 4 July 2012

Info: Fakta & Mitos Kualiti Sperma

Entri kali ini akan berkongsi mengenai FAKTA & MITOS kualiti Sperma.
Dalam hal ini,  banyak mitos mengenai sperma yang pernah anda dengar. Mari kita lihat fakta dan mitos tentang sperma.



FAKTA & MITOS KUALITI SPERMA

MITOS

Memiliki sperma yang cair sering di anggap mandul sedangkan TIDAK TEPAT. Sebaliknya penghasilan sperma yang subur dan normal bergantung kepada jumlahnya (sperma), pergerakan dan kandungan sperma sama ada normal atau tidak.


Sperma dikatakan tidak mampu menebusi pakaian. Jawapannya SALAH. Kemungkinan untuk hamil tetap ada berdasarkan ukuran sel benih bersaiz mikron untuk menembusi pakaian wanita.


Ada pandangan menyebut lelaki tidak akan mengeluarkan sperma selepas proses ejakulasi. Jawapannya TIDAK BENAR. Hal ini boleh berlaku sperma masih boleh dikeluarkan biarpun kandungan sudah berubah dan tidak banyak seperti lazimnya.



FAKTA


Bilangan sperma yang normal biasanya mencecah sehingga 40 juta. (Ada juga 20 juta bergantung kepada pusat perubatan kesuburan)


Dalam kebanyakan kes, setiap kali keguguran berlaku wanita di persalah. Jika telur normal tetapi sperma tidak, 'kecacatan' sperma boleh mengakibatkan keguguran. 


Saiz buah zakar mempengaruhi bilangan sperma dan saiz melebihi 12ml dianggarkan isi padu buah zakar yang sihat dan kurang daripada itu mungkin menghasilkan kurang atau tiada sperma


Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks. Keadaan ini berlaku akibat proses pencetusan sistem pancutan.


Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah bilangan sperma yang kurang dan peratus sperma yang bergerak juga kurang serta lambat atau perlahan.



No comments:

Post a Comment