Wednesday, 13 April 2011

Pelik tapi benar: Hotel paling pelik dan unik di dunia

Kebiasaannya kita hanya melihat hotel dalam bentuk 4segi atau dalam bentuk biasa
entri kali ini akan mempamerkan mengenai beberapa hotel pelik yang terdapat di dunia

The Ice Hotel, Quebec

The Giraffe Manor, Nairobi

Dog Bark Park Inn, USA

Daspark Hotel, Austria

Starwood Resort, Spain

Wagon Stays, New Zealand

Jules Undersea Lodge, USA

Hotel Im Wasserturm, Germany

Hotel de Glace, Canada

Ariau Towers Hotel, Brazil


K-pop: 2NE1

Entri kali ini akan berbicara mengenai sebuah kumpulan penyanyi wanita dari korea iaitu 2NE1.





2NE1 merupakan kumpulan wanita dari Korea Selatan yang memperjuangkan irama hip hop/pop.Ditubuhkan oleh syarikat YG Entertainment pada tahun 2009


Terdiri daripada 4 orang ahli iaitu CL, Minzy, Dara dan Bom


Nama kumpulan ini, 2NE1 membawa maksud "New Evolution of the 21st Century"


Antara lagu yang pernah di bawa oleh kumpulan ini ialah "Fire", "Try to Follow me", "I Dont Care" and "Go Away" yang mana menjadi lagu Hit bagi kumpulan ini.


Antara anugerah yang pernah di menangi mereka ialah Song of The Month and Rookie of The Month award for May dalam Music Bank, Song of the Year Award at 2009 dalam Mnet Asian Music Awards, Cyworld Digital Music Awards for Top Selling Artist, Best Rookie Group, Bonsang Award, dan Best Song for "I Don't Care". Pada tahun 2010, 2NE1 memenangi anugerah pertama mereka bagi kategori Artist of the Year and Album of the Year award pada Mnet Asian Music Awards.


BIODATA AHLI KUMPULAN


CL


  • Nama sebenar: Chae-rin Lin
  • Dilahirkan pada 26 februari 1991 Seoul, Korea selatan
  • Ketua kumpulan 2NE1, Rapper dan Singer
  • Ketinggian: 162cm
  • Jenis Darah: A
  • Hobi: Menulis Lirik
  • Pandai menari, menyanyi, rapping, dan fasih dalam bahasa japanese, French serta English
  • Membuat kemunculan awal semasa SBS Gayo Daejun pada 29 Disember 2007
Dara

  • Nama sebenar: Sandara Park
  • Berasal dari Busan, Korea Selatan
  • Nama samaran: Sandy, Dara, Krung-Krung
  • Dilahirkan pada 12 November 1984
  • Ketinggian: 162cm
  • Jenis darah: A
  • Pandai Berlakon, dan fasih dalam bahasa English, Chinese dan Tagalog
Bom

  • Nama sebenar: Park Bom Lee
  • Dikenali sebagai ketua nyanyian dalam kumpulan
  • Dilahirkan pada 24 Mac 1984
  • Ketinggian: 165cm
  • Pendidikan: Pernah mengambil jurusan psikologi di Universiti Lesley sebelum berpindah ke Barkeley College of music di Boston bagi jurusan muzik
  • membuat kemunculan awal semasa Big Bang 1st Showcase pada 15 September 2006
Minzy

  • Nama sebenar: Gong Min-ji
  • Dilahirkan pada 18 januari 1994
  • Rapper dan  penyanyi dalam kumpulan
  • Ketinggian: 161cm
  • Jenis darah: O
  • Pendidikan: Menghabiskan pendidikan di Elementary School di Suhkang Elementary School in Seoul. Pada masa kini berada di middle school
  • Pandai menyanyi, rapping, menari serta fasih dalam bahasa japanese serta Chinese

Realiti dan fakta: 10 air terjun tertinggi di dunia

Entri kali ini pula akan mendedahkan 10 air terjun terkenal dan tertinggi di dunia.

10. Tyssestrengene (2,123 ft)
  • Terletak di Odda, Norway
  • Berpunca dari Sungai Tyssa

9. Lower Mar Valley (2151 ft)
  • Terletak di Eikesdal, Norway
  • Berpunca dari Jeram mardals

8. Espelands Falls (2,307ft)
  • Terletak di Hardanger Fjord, Norway
  • Berpunca dari sungai Opo

7. Yosemite Falls (2,425ft)
  • Terletak di Taman Negara Yosemite, California, USA
  • Berpunca dari sungai kecil Yosemite

6. Mutarazi Falls (2,499 ft)
  • Terletak di Taman Negara Nyanga, Zimbabwe
  • Berpunca dari sungai Mutarazi

5. Gocta Cataracts (2,532 ft)
  • Terletak di Chachapoyas, Peru

4. Monge Falls (2,540 ft)
  • Terletak di Marstein, Norway
  • Berpunca dari sungai Mongebeck


3. Utigord Falls (2,625 ft)
  • Terletak di Norway
  • Berpunca dari Glacier Fed

2. Tugela Falls (3,110 ft)
  • Terletak di Taman Negara Natal, Afrika Selatan
  • Berpunca dari sungai Tugela

1. Angel Falls (3,212 ft)
  • Terletak di Taman Negara Canaima, Venezuela
  • Merupakan air terjun yang tertinggi di dunia















Info: 10 perkara lelaki suka tentang perempuan

Entri info kali ini akan bercakap mengenai perkara lelaki suka tentang seseorang perempuan itu. Pada entri yang lepas telah dibicarakan mengenai perkara lelaki yang perempuan harus tahu.




1. Sentiasa tersenyum apabila berbicara

  •  Jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Cukuplah sekiranya seseorang perempuan itu menggunakan perkataan yang manis pabila berbicara dan tidak terlalu gembira. senyum tu biarlah bertempat dan kena pada masanya. :-)

2. Merendah diri
  • Bagi seorang lelaki, maruah amat penting sekali. Lelaki tidak suka direndah-rendahkan lebih2 lagi di hadapan seorang wanita. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

3. Bijak menyesuaikan diri

  • Lelaki lebih gemar seseorang wanita itu mudah serta bijak dalam menyesuaikan diri di mana-mana jua. Lagi baik apabila wanita tersebut bijak menyesuaikan diri di khalayak orang ramai atau di hadapan kawan-kawan mereka. Pasti si dia tersenyum melihat personaliti kamu itu.

4. Bersikap matang apabila bersama
  • Ada sesetengah lelaki lebih gemar wanita yang bersikap keanak-anakan. Tetapi kebanyakan lelaki terutama yang bekerjaya lebih suka wanita yang bersikap matang dalam diri mereka.  Apatah lagi apabila seseorang itu sudah berusia.

5. Lemah lembut

  • Sifat ini saja sudah cukup mencairkan hati seseorang lelaki itu. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan. jadi, berhati-hati apabila hendak bermanja dengan si dia.

6.  Bersifat jujur dan tidak memendam perasaan
  • bersikap jujurlah terhadap pasangan anda. Si dia pasti akan lebih menyukai dan menghargai anda kerana lelaki lebih suka wanita yang sentiasa jujur dalam apa jua situasi dan tidak menipu.

7. Penampilan yang sederhana

  • Berbeza dengan lelaki yang lebih suka bersederhana dalam pemakaian, perempuan pada masa kini lebih suka menunjuk-nunjuk pemakaian mereka. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Tidak terlalu memakai pakaian yang menjolok mata kerana lelaki lebih suka perempuan memakai pakaian sederhana yang tidak menarik perhatian ramai.
  • Ingatlah bahawa kecantikan itu hanyalah subjektif

8. Jangan bercakap perkara remeh temeh

  • Cakaplah perkara yang penting sahaja dan sedap didengar oleh seorang lelaki kerana perkara remeh temeh yang anda bicarakan hanya akan menyebabkan si dia bosan dengan sikap anda lagi. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat. Lebih tepat lagi berkongsilah cerita hobi lelaki berkenaan.

9. Susuk tubuh yang menarik


  • Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

10. Sifat banding membanding
  • Bagi seorang lelaki,menjadi lumrah bagi seseorang itu untuk lebih menarik daripada lelaki lain. Tetapi jangan sesekali membandingkan diri si dia dengan lelaki lain.  Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi

Pelik tapi benar: Persamaan kereta buatan Malaysia dengan luar negera

Entri kali ini akan berbicara mengenai persamaan antara kereta luar negara dengan kereta keluaran Malaysia sendiri.


Gambar di bawah ini adalah contoh-contoh yang terdapat pada masa kini...

Mitsubishi Lancer Fiore

VS

Proton Saga

____________________________________________

Mitsubishi Lanser GSR

VS

Proton Wira GSR

___________________________________________

Daihatsu Mira

VS

Perodua Kancil

_________________________________________

Mini Cooper

VS

Perodua Kelisa

____________________________________________

Toyota Passo

VS

Perodua Myvi

______________________________________

Mitsubishi Lancer

VS

Proton Inspira

Malaysia: 5 Tempat bersejarah Di Malaysia

Entri kali ini akan menyingkap serta memberi sedikit maklumat mengenai 5 tempat bersejarah yang menarik untuk di lawati sekitar Malaysia.


Kebanyakkan daripada tempat bersejarah ini merupakan tinggalan perang atau tinggalan agama pada suatu masa dahulu. Lebih-lebih lagi kedudukan Malaysia yang strategik menjadikan ianya satu tempat tumpuan pada masa dahulu.


LEMBAH BUJANG

  • Merupakan binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara.
  • Binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi lagi, Lembah Bujang mempunyai hubungan perdagangan maritim di antara beberapa buah negara luar seperti China.
  • Bagi yang mengemari aktiviti lawatan sambil belajar di sinilah tempat yang bagus untuk dilawati
  • Antara lain yang masih ada di sini ialah beratus ribu pecahan seramik,kaca dan manik dari seluruh negara, runtuhan candi, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya dan peralatan zaman dahulu boleh didapati di sini.

ISTANA LAMA SERI MENANTI

  • Terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan menjadi kediaman rasmi bagi Yang-Dipertuan besar Negeri Sembilan sejak 1900-an lagi
  • Bangunan ini dibina berdasarkan seni bina masyarakat Minangkabau
  • Dibina pada tahun 1902 hingga 1908, istana ini dibina dengan menggunaka kayu dan terdiri daripada 99 batang tiang termasuk 4 batang tiang seri.
  • Keunikan istana ini ialah tanpa menggunakan sebarang jenis paku. Sebagai ganti kepada penggunaan paku, paku yang diperbuat daripada kayu atau lebih dikenali sebagai pasak digunakan.
  • Pada 14 Julai 1992, istana ini telah ditukar menjadi Muzium Diraja serta menempatkan artifak yang bersejarah.

KOTA BELANDA (THE DUTCH FORT)

  • Terletak di Teluk gedung, Perak ini di bina oleh Belanda pada masa dahulu, 1970 sebagai kubu pertahanan daripada sebarang serangan luar
  • Batu asas 300 tahun ini merupakan sisa-sisa tinggalan daripada zaman kekuasaan masyarakat Belanda pada masa dahulu
  • Sebuah taman kecil dan beberapa kedai cenderamata telah didirikan di sekitar kawasan untuk pengunjung dan merupakan pemandangan pelancongan popular di pulau hari ini

BUKIT MELAWATI (MELAWATI HILLS)

  • Terletak di Kuala Selangor, Selangor
  • Kedudukannya amat strategik kerana terletak di kuala sungai Selangor, menghadap selat Melaka dan Sumatra, Indonesia
  • Bukit menarik merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung
  • Antara keistimewaan yang terdapat di sini ialah rumah api, beberapa meriam lama, makam Sultan dan kerabat diraja, batu pancung dll.

KOTA A FAMOSA

  • Telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511
  • A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
  • Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka