Entri kali ini akan berkongsi dengan anda mengenai 10 SIFAT CALON SUAMI & ISTERI YANG BAIK.
Jika anda seorang lelaki, carilah calon isteri yang mempunyai sifat-sifat berikut, serta sebaliknya bagi seorang perempuan.
10 SIFAT CALON SUAMI & ISTERI YANG BAIK
AKHLAK YANG BAIK
Seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
KUAT AMALAN AGAMA
Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
TEGAS MEMPERTAHAN MARUAH
Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
AMANAH
Tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
TIDAK BOROS
Tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
MENJAGA PENGLIHATAN
Tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap
PERGAULAN DIJAGA
Tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
RAKAN YANG BAIK
Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
BERTANGGUNGJAWAB
Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
TENANG
Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
No comments:
Post a Comment