Sunday 7 October 2012

Berenang Dengan Pakaian Samurai


Pernah dengar x orang berenang menggunakan Pakaian Samurai?
Kebiasaannya berenang menggunakan pakaian samurai agak membebankan.

Berjalan atau berlari dengan pakaian samurai yang lengkap bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi berenang.



Namun, itulah yang dibuat oleh beberapa orang rakyat Jepun, yang berenang dengan pakaian samurai lengkap sebagai cara untuk bergembira.

"Pakaian ini agak berat dan panas apabila memakainya. Saya bimbang sama ada saya mampu keluar semasa berada di dalam air.

"Kali terakhir saya berenang ialah tiga tahun lalu,'' kata seorang doktor, Mutsuo Koga, 27, ketika ditemui sebelum memasuki kolam renang awam dengan pakaian itu.

Aktiviti renang dengan berpakaian samurai juga merupakan satu daripada amalan tradisi masyarakat Jepun yang mula diperkenalkan pada abad ke-15 dan ke-16.

Selain dianggap sebagai satu daripada warisan dalam seni pertahanan diri, teknik itu membantu pahlawan zaman dahulu kala berenang dalam persekitaran sebenar yang lebih mencabar.

"Tujuan utama renangan ini adalah bagi memperoleh kemahiran praktikal sebelum berenang dalam persekitaran yang sebenar," kata Tadao Koga, bapa kepada Mutsuo dan mahaguru sekolah Kobori, satu daripada 12 sekolah yang diiktiraf oleh Persekutuan Renang Jepun.


pelik tapi benar :D

1 comment:

  1. Saya sangat berterimakasih banyak kepada
    AKI MANGKUBONO yg sudah membantu saya sekeluarga,karna sekaran ini saya sudah punya usaha dan bisa melunasi semua hutang2 saya bakhan saya juga sudah bisa membahagiakan kedua orang tua saya bersama istri saya. itu semua atas bantuan AKI yang memberikan angkanya yaitu 2487 sudah banyak paranormal yg saya hubungi tapi tdk pernah membuahkan hasil sehingga saya mencoba mengikuti nomor ritual AKI MANGKUBONO dan alhamdulillah berhasil dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HBG
    085203333887 AKI MANGKUBONO jangan percaya sama nomor ritual paranormal yg lain,nomor ritual AKI MANGKUBONO meman selalu tepat dan terbukti. atau SILAHKAN ANDA BUKTIKAN SENDIRI.

    ReplyDelete