Sunday 3 July 2011

Lawak gler: Koleksi lawak 7

Kisah Pertama:



Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya… .:
Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)
Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya… Kata pemandu tersebut:
Pemandu: Don’t enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn’t play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main… Biar dia rasa)
Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:
Boss : Why didn’t you come to work?
Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

Kisah Kedua:

Seorang pelancong dari America pergi bercuti di Sabah bah... Kemudian:

Pelancong : Taxi!! Stop...

Strreetttt.... Taxi pun berhenti...

Pemandu taxi : Apa dia tuan?
Pelancong : Bawa saya berjalan jalan di bandar Kota Kinabalu...
Pemandu taxi : Ok...

Dengan itu, pemandu taxi pun bawa lah si pelancong tersebut merayau rayau di KK... Mula mula pergi Center Point...

Pelancong : Wah, hebatnya tempat ni... Apa ni? Huh! Canggih Sungguh!
Pemandu taxi : (Dengan Bangganya) Hehe... Ini lah Center Point...
Pelancong : Wah! Hebat, hebat.... Agak agak berapa tahun boleh siap aa?
Pemandu taxi : Dalam 4 tahun kali...
Pelancong : Wah! Memang hebat! Tapi lau tempat kami, 2 tahun boleh siap sudah ni!
Pemandu taxi : Ciss!!

Kemudian, Pemandu taxi tersebut bawa pelancong tu pergi Wisma Merdeka...

Pelancong : Wah! Ini pun hebat... memang hebat... Ini pun buat 4 tahun ka?

Pemandu taxi rasa nak berlagak sikit pastu dia cakap...

Pemandu taxi : Alaa... ini dua tahun ja....
Pelancong : Hebat! Memang hebat... tapi lau tempat kami, 1 tahun jak ni...
Pemandu taxi : Cisss... kena lagi....

Selepas tu, pemandu taxi bawa pelancong pergi ke likas... dari jauh pelancong nampak Yayasan Sabah... pastu...

Pelancong : Wah... apa tu, apa tu... tingginya...

Pemandu taxi wat tak tau jak... nda menoleh pun...

Pelancong : Wei! Tengok, tengok... cantik betul la...

Pemandu taxi pun tidak sabar lagi melihat pelancong tu lalu berkata...

Pemandu Taxi : Mana? Tidak tau! Semalam tiada tu...

Hehehe...

Kisah Ketiga:

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.
“Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan,” pegawai itu menerangkan. “Kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan ‘foam’nya.” terang pegawai itu lebih lanjut.
Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.
Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, “Ingat ! Seperti bom tangan.” Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

No comments:

Post a Comment