Entri kali ini akan memaparkan mengenai rahsia lelaki melalui pergerakan mereka :)
Khas buat yang di luar sana, jangan ingat setiap apa yang lelaki buat tu tiada maknanya.
RAHSIA LELAKI MELALUI PERGERAKAN
MEMANDANG MATA
seorang lelaki yang berani dan suka berterus-terang. Dia sentiasa inginkan perhatian dari seseorang, snetiasa berusaha menjaga hati semua pihak tidak kira rapat atau tidak hubungan individu itu dengannya.
MENGANGGUK KEPALA
ketika kamu sedang berbual-bual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepalanya, ini membuktikan dia seorang yang mengambil berat dan sentiasa mengingati kamu. Dia juga mudah memberikan pertolongan apabila kamu memerlukan.
MENGGERAKKAN TANGAN DAN BADAN
Seorang yang memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai cinta yang sungguh mendalam. Si dia juga beranggapan bahawa kata-kata tidak cukup membuktikan kesucian cinta. Oleh itu, setiap gerakan badan dan tangannya adalah bukti kesungguhan kepada pasangannya. Juga seorang yang sensitif tetapi baik hati.
SUKA BERDIRI
Lelaki yang suka berdiri melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia juga suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan tidak mudah mengalah.
MERENUNG
Berhati-hati dengan lelaki yang suka merenung. Mereka jenis yang selalu mengharapkan pertolongan dari individu sekelilingnya. Sebolehnya dia ingin menawarkan dirinya dengan cinta, persahabatan dan kerja kerana tidak mahu mencarinya.
MENIRU GERAK
Lelaki jenis ini merupakan lelaki yang mudah terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Namun dia seorang yang mudah di bawa berbincang dan suka menurut sekiranyap erkara tersebut tidak mendatangkan masalah kepada dirinya.
SENSITIF PADA JARAK
Apabila berbual, lelaki jenis ini akan duduk atau berdiri pada kadar jarak tertentu bergantung kepada tahap kemesraannya dengan individu terbabit. Amat peka terhadap perasaan individu terbabit serta sangat menjaga benda yang disukai atau pun tidak di sukai.
No comments:
Post a Comment