Thursday 30 June 2011

Malaysia: 10 tempat WAJIB dilawati bila ke sabah & sarawak

10 TEMPAT WAJIB DILAWATI DI SABAH DAN SARAWAK

SABAH
  • Simpang Mengayau, Kudat, Sabah

Turut di kenali sebagai Northenmost tip of Borneo. Simpang Mengayau merupakan titik pertemuan di antara Laut Sulu dan Laut China Selatan. Di sini pengujung disediakan dengan kafe, kedai cenderamata serta tandas.
  • Taman Negara Kinabalu, Kundasang, Sabah

Merupakan kawasan ekologi mega dengan kepelbagaian habitat. Ia telah dikelaskan sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara. Taman negara ini turut dihiasi dengan keindahan Gunung Kinabalu yang tersergam indah.
  • Kolam air panas Poring, Ranau, Sabah


Kolam air panas ini merupakan tempat yang wajib dikunjungi di Sabah. Pelbagai kemudahan disediakan. Terkenal dengan kolam air panas semulajadi serta pelancong berpeluang menikmati pemandangan apabila menyusuri jambatan gantung. Terdapat juga Taman Kupu-Kupu serta bilik pameran. 
  • Taman Pertanian Tenom, Sabah

Terletak kira-kira 12km dari Tenom. Terdapat beberapa buah taman di sini antaranya Muzium Taman Hidup,   Taman Orkid, ternakan madu lebah, Taman Evolusi, Taman Buah-Buahan, Taman Evolusi dll. Merupakan taman pembelajaran berorientasikan ilmu dan berkonsepkan pendidikan. Pelbagai kemudahan turut disediakan antaranya asrama/hostel, surau dll.
  • Pulau-pulau sekitar Sabah


Kepelbagaian pulau yang terdapat di Sabah menjadikan Ianya syurga bagi mereka yang berminat. Antaranya ialah pulau Sipadan, Mabul, Tiga, Layang-Layang dll. Keadaan pantai serta persekitaran yang bersih menjadikan pulau-pulau di Sabah seronok untuk di lawati.

SARAWAK

  • Kucing Waterfront, Sarawak

Satu tempat yang menjadi kemestiaan bagi anda lawati jika berada di Kuching, Sarawak. Terletak berhadapan dengan sungai rajang, ianya satu tempat yang santai dan menarik. Pelbagai kemudahan di sediakan di sini termasuk bagi mereka yang ingin membeli kraftangan.
  • Taman Negara Bako, Sarawak

Bagi mereka yang meminati alam sekitar, di sinilah tempatnya. Terdapat pelbagai flora dan fauna yang hidup di kawasan ini dan hampir kesemua spesies yang terdapat di Borneo terdapat di sini. Ia telah dilindungi semenjak tahun 1957 lagi bagi memelihara ekosistem negara.
  • Gua Niah, Sarawak


Terletak di pedalaman bandar Miri, Sarawak. Ianya merupakan gua yang terbesar di Malaysia dan antara gua batu kapur terbesar di dunia. Seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua di anggarkan seluas 3 padang bola. Terdapat pelbagai kemudahan di sediakan termasuk tapak perkhemahan, hostel dan chalet serta kafeteria.
  • Muzium Sarawak, Sarawak

Mula di dirikan sekitar tahun 1891. Pada asalnya digunakan sebagai menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi. Ianya di bina mengikut senibina Eropah dengan edifiknya mengikut stail Ratu Anne.
  • Kampung Budaya, Santubong, Sarawak


Terletak 35KM dari Kuching. Ianya merupakan tempat di mana Pesta Menuai Antarabangsa serta Rainforest World Music Festival di adakan setiap tahun. Pelbagai budaya dan etnik di tayangkan di sini.

6 comments:

  1. errrrrrrr............waterfront berdepan dengan sungai rajang??

    ReplyDelete
  2. WOW...menriknya mcm best jer.....mcm best jer....mcm ni nk pegi laaaa...

    ReplyDelete
  3. klu mcm nie sy pOm nk Pegi...

    ReplyDelete
  4. errrr. sungai Sarawak lah. bukan sungai rajang

    ReplyDelete
  5. Wah,menariknya blog ini.Rasa macam dah ada di sana.Lawatlah blog saya iaitu xman987.wordpress.com

    ReplyDelete
  6. Wah,menariknya blog ini.Rasa macam dah ada di sana.Lawatlah blog saya iaitu xman987.wordpress.com

    ReplyDelete