Wednesday 11 January 2012

Gajet & IT: Toshiba Qosmio DX730

PADA zaman sekarang, ciri penjimatan ruang, gaya dan kecanggihan perlu bergerak seiring. Pengguna mahukan peralatan yang ringkas, kompak dan dalam masa yang sama mereka boleh berbangga memilikinya.

Komputer peribadi terbaharu oleh Toshiba, Toshiba Qosmio DX730 menepati kesemua kriteria tersebut. Ia memiliki saiz skrin berukuran 58.4 sentimeter (23 inci) dengan binaan dalam Unit Pemprosesan Komputer (CPU).
Prestasinya dijana pemproses generasi kedua Intel Core i5 atau Core i7, memori DDR sehingga 16 gigabait dan pemacu keras sehingga 2 terabait.

Ia dilengkapi pemacu ROM (Read Only Memory) Blu-Ray atau cakera video digital (DVD) SuperMulti binaan dalam dan boleh disambung kepada televisyen.
Ciri-ciri tersebut menepati sebuah komputer yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti menonton filem, bermain permainan video dan menjadi hub untuk penyimpanan data serta merupakan perkakasan terbaik untuk bekerja.
“Komputer yang menggunakan sistem semua dalam satu Toshiba ini adalah gabungan produk Toshiba terbaik dengan kepakaran visual,” kata pengurus kumpulan bahagian sistem komputer, Toshiba Singapura Pte. Ltd., Leong Chee Keong.

No comments:

Post a Comment