Monday 9 January 2012

Semasa: Festival Harbin International Ice and Snow sculpture

Festival Harbin International Ice and Snow Sculpture

  • Harbin adalah ibu negeri bagi negeri Heilongjiang di Republik Rakyat China serta merupakan antara kawasan yang mempunyai salji terbanyak di dunia.
  • Terletak di bahagian timur laut China kedudukan cuaca sejuk ini hasil dari angin sejuk dari Siberia. Ketika musim sejuk suhu di wilayah Harbin mampu mencecah sehingga -38.1 darjah celsius.
  • Pelbagai ukiran ais boleh ditemui di sini antaranya bangunan pagoda dengan ketinggian sebenar, piramid Sphynx, istana-istana besar yang selalu kita lihat dalam filem-filem tentang kayangan dan juga ukiran moden.
  • Pesta ini kini meraikan ulang tahunnya yang ke 26, pernah terhenti penganjurannya untuk beberapa ketika akibat dari revolusi budaya yang dilancarkan oleh pemimpin Mao Zedong.
  • Bagi menambahkan keunikan ukiran ais ini, lampu berbagai warna digunakan bagi membangkitkan keindahan ukiran terutama apabila malam menjelang.
  • Pesta ais di Harbin ini adalah antara empat festival ais dan salji terbesar di dunia iaitu Japan's Sapporo Snow Festival, Canada's Quebec City Winter Carnival dan Norway's Ski Festival.
Sekitar Pemandangan menarik sekitar Festival tersebut












No comments:

Post a Comment