Wednesday, 13 April 2011

Malaysia: 5 Tempat bersejarah Di Malaysia

Entri kali ini akan menyingkap serta memberi sedikit maklumat mengenai 5 tempat bersejarah yang menarik untuk di lawati sekitar Malaysia.


Kebanyakkan daripada tempat bersejarah ini merupakan tinggalan perang atau tinggalan agama pada suatu masa dahulu. Lebih-lebih lagi kedudukan Malaysia yang strategik menjadikan ianya satu tempat tumpuan pada masa dahulu.


LEMBAH BUJANG

  • Merupakan binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara.
  • Binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi lagi, Lembah Bujang mempunyai hubungan perdagangan maritim di antara beberapa buah negara luar seperti China.
  • Bagi yang mengemari aktiviti lawatan sambil belajar di sinilah tempat yang bagus untuk dilawati
  • Antara lain yang masih ada di sini ialah beratus ribu pecahan seramik,kaca dan manik dari seluruh negara, runtuhan candi, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya dan peralatan zaman dahulu boleh didapati di sini.

ISTANA LAMA SERI MENANTI

  • Terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan menjadi kediaman rasmi bagi Yang-Dipertuan besar Negeri Sembilan sejak 1900-an lagi
  • Bangunan ini dibina berdasarkan seni bina masyarakat Minangkabau
  • Dibina pada tahun 1902 hingga 1908, istana ini dibina dengan menggunaka kayu dan terdiri daripada 99 batang tiang termasuk 4 batang tiang seri.
  • Keunikan istana ini ialah tanpa menggunakan sebarang jenis paku. Sebagai ganti kepada penggunaan paku, paku yang diperbuat daripada kayu atau lebih dikenali sebagai pasak digunakan.
  • Pada 14 Julai 1992, istana ini telah ditukar menjadi Muzium Diraja serta menempatkan artifak yang bersejarah.

KOTA BELANDA (THE DUTCH FORT)

  • Terletak di Teluk gedung, Perak ini di bina oleh Belanda pada masa dahulu, 1970 sebagai kubu pertahanan daripada sebarang serangan luar
  • Batu asas 300 tahun ini merupakan sisa-sisa tinggalan daripada zaman kekuasaan masyarakat Belanda pada masa dahulu
  • Sebuah taman kecil dan beberapa kedai cenderamata telah didirikan di sekitar kawasan untuk pengunjung dan merupakan pemandangan pelancongan popular di pulau hari ini

BUKIT MELAWATI (MELAWATI HILLS)

  • Terletak di Kuala Selangor, Selangor
  • Kedudukannya amat strategik kerana terletak di kuala sungai Selangor, menghadap selat Melaka dan Sumatra, Indonesia
  • Bukit menarik merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung
  • Antara keistimewaan yang terdapat di sini ialah rumah api, beberapa meriam lama, makam Sultan dan kerabat diraja, batu pancung dll.

KOTA A FAMOSA

  • Telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511
  • A Famosa terletak di Bandar HilirMelaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
  • Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka

11 comments:

  1. this blog really help students to get information very well

    ReplyDelete
    Replies
    1. This helped me in my sejarah (history) project paper abaout 6 tempat bersejarah.

      Delete
  2. I don't really get information here...

    ReplyDelete
  3. walaupun bahasanya saya tidak terlalu paham,tapi ini sangat membantu saya untuk mendapatkan informasi... terimakasih,,Dari Indonesia..

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas maklumat ini, sangat menarik walaupun ringkas..

    ReplyDelete
  5. best collection

    ReplyDelete
  6. i so like this picture

    ReplyDelete
  7. Betul ke kota Belanda dibina pada tahun 1970 atau 1790.

    ReplyDelete
  8. Thanks a lot.. this info given is really goods for my child paperwork....

    ReplyDelete