Monday, 11 April 2011

Pelik tapi benar: Telur tiruan dan proses membuatnya...


Pelik tapi itulah realitinya pada masa kini. Apabila teknologi berkembang pesat dan semakin maju, macam-macam perkara dilakukan bagi meminimunkan kos pembuatan. Samalah juga dalam kes telur tiruan yang menjadi perbualan hangat pada masa kini sehinggakan ada segelintir masyarakat was-was tentang telur yang ada di pasaran.

Entri kali ini mengupas mengenai telur tiruan dan cara membuatnya...

Langkah 1:

Telur tiruan dibuat menggunakan bahan-bahan seperti karbonat kalsium, pati, gelatin, damar, tawas dann lain-lain bahan kimia yang diperlukan.

Langkah 2:

Bahan kuning telur dimasukkan ke dalam 2/3 bahan acuan bersama-sama klorida kalsium dan pewarna

Langkah 3:
Kuning telur palsu yang telah siap di adun di masukkan ke dalam acuan

Langkah 4:
Lapisan luar direndam ke dalam kalsium karbonat bagi membentuk lapisan luar

Langkah 5:
Kulit telur dibentuk dengan merendamkan ke dalam lilin parafin yang kemudiannya dibiarkan kering. Proses ini akan berulang berkali-kali sehingga menebal.

Langkah 6:
Akhir sekali siaplah sudah telur berkenaan. Kulit telur tiruan lebih mudah pecah dan rapuh.

Perbezaan:

Ketika di masak anda akan perasan bahawa telur tersebut menghasilkan lebih banyak gelembung kecil tetapi tidak ramai yang dapat membezakannya. Rasa telur tiruan lebih sedap dari yang asli. Tetapi kulit telur lebih muda untuk dipecahkan.




2 comments:

  1. apa ye effect dia kat manusia?
    agak2 leh dapat kanser tak kalo mkn benda alah ni?

    ReplyDelete
  2. erm effect xtaw lg
    tp based on ape yg kita taw
    benda ni gne byk chemical thngs yg mana boleh memudaratkan kesihatan

    if u are not follower again my blog plez follow.i will follow u back.tq :-)

    ReplyDelete