Sunday 24 April 2011

K-pop: Mblaq

K-pop kali ini akan berbicara mengenai satu lagi kumpulan terkenal dari Korea Selatan iaitu MBLAQ.


Mblaq atau nama penuhnya Music Boys Live in Absolute Quality merupakan kumpulan yang dihasilkan oleh penyanyi pop R&B Korea, pengarah dan pelakon iaitu Rain

Ahli-ahlinya terdiri daripada 5 orang jejaka muda iaitu Seungho, G.O, Joon, Cheon Doong dan Mir

Membuat kemunculan awal pada 9 Oktober 2009 ketika konsert Rain's Legend of Rainism.

Antara anugerah yang pernah di terima oleh kumpulan ini ialah Best Male Group ketika 17th Annual Republic of Korea Entertainment Arts Awards Ceremony dan New Generation Popular Music Teen Singer Award ketika 18th Korean Culture Entertainment Awards.

Lagu-lagu seperti Oh Yeah, One Batter Day, Y, Stay dan Cry menjadi lagu Hit pada masa kini yang melonjakkan nama kumpulan ini.

Selain daripada menyanyi ada di antara ahli ini yang aktif berlakon dan terlibat dalam pelbagai aktiviti bercorak hiburan serta lain-lain lagi.

BIODATA AHLI KUMPULAN

Seungho

  • Nama sebenar: Yang Seungho
  • Tarikh lahir: 16 Oktober 1987
  • Merupakan ketua kumpulan dan ketua bagi nyanyian
  • Pelajar lepasan Anyang High School of arts
  • Tinggi: 176cm
  • Keistimewaan: Gymnastics, dancing, piano, Trick Card
  • Pernah berduet dengan beberapa orang artis seperti Lee Hyunjung (grey sky), Hoody (One) dan G.Na (i'll leave you to have a good life)

G.O

  • Nama sebenar: Jung Byung Hee
  • Tarikh lahir: 6 November 1987
  • Main Vocalist bagi kumpulan ini
  • Mendapat pendidikan di International Digital University dalam bidang leisure sport
  • G.O merupakan bekas ahli kumpulan TYKEYS yang ditubuhkan pada tahun 2007
  • Ketinggian: 177cm
  • Pernah berganding bahu dengan beberapa artis seperti Nassun dan Jea. Selain itu pernah mengambil bahagian dalam menghasilkan lagu tema bagi G20 Seoul Summit yang mana di hasilkan dalam dua bahasa iaitu korea dan english

Lee Joon

  • Nama sebenar: Lee Chang Sun
  • Tarikh lahir: 7 Februari 1988
  • Penyanyi dan penari utama kumpulan
  • Mendapat pendidikan akhir di Kyung Hee Cyber University
  • Ketinggian: 180cm
  • Membuatkan kemunculan dalam filem Ninja Assasin sebagai remaja raizo dan berlakon dalam drama korea bertajuk Jungle fish 2. Lee Joon juga menjadi duta dalam Nivea dan 6to5 S/S Pictorial. Selain itu pernah berduet dengan beberapa artis seperti Kan Mi Youn.

Cheon Doong

  • Nama sebenar: Park Sang Hyun
  • Tarikh lahir: 7 Oktober 1990
  • Penyanyi, penari dan rapper dalam kumpulan
  • Mendapat pendidikan di Philipine Pasay Chung Hua Academy
  • Ketinggian: 181cm
  • Merupakan adik lelaki kepada Sandara Park dari kumpulan 2NE1
  • Membuat kemunculan dalam videoa klip duet bersama IU dalam Missing Child, Lyn's dalam Celebration dan K.Will dalam gift/present bersama-sama dengan Dong Ho,U-KISS dan AJ,Beast

Mir

  • Nama sebenar: Bang Cheol Yong
  • Tarikh lahir: 10 Mac 1991
  • Rapper dalam kumpulan
  • Mendapat pendidikan semasa di Kyung Hee Cyber Universty- fakulti informasi dan komunikasi maklumat
  • Ketinggian: 178cm
  • Merupakan adik lelaki kepada Go Eun Ah
  • Pernah berduet dengan Ahn Jin Kyoung dan Kan Mi Youn

No comments:

Post a Comment