Thursday 30 June 2011

K-pop: SECRET

Entri kali ini akan mengupas lebih lanjut mengenai satu lagi kumpulan perempuan KOrea Selatan yang meningkat naik iaitu SECRET






SECRET merupakan kumpulan perempuan Korea Selatan yang ditubuhkan dan dikendali oleh TS Entertainment. Memulakan karier awal mereka pada 13 Oct 2009 dengan single pertama mereka iaitu "I Want You Back".


Kumpulan ini terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Hyosung, Zinger, Jieun dan Sunhwa.


Antara anugerah yang pernah di menangi mereka ialah Newcomer Award pada 25th Golden Disc Award, New Generation Popular Music Teen Singer Award ketika 18th Korea Culture Entertainment Awards, Main Award menerusi lagu " Madonna" ketika 2oth Seoul Music Awards dan Popular Singer Award ketika 6th AsiaModel Festival Awards.


Memulakan karier pertama mereka menerusi lagu "I Want You Back" pada tahun 2009. Kemudian mereka melancarkan 2 album mini iaitu "Secret Time" dan "Madonna" pada tahun 2010, diikuti 2 single terbaru mereka pada tahun 2011 iaitu "Shy Boy" dan "Starlight Moonlight".




BIODATA AHLI KUMPULAN


HYOSUNG


  • Nama sebenar: Jeon Hyosung
  • Nama pentas: Hyosung
  • Tarikh lahir: 13 Oct 1989
  • Posisi: Ketua kumpulan dan Vocalist
ZINGER

  • Nama sebenar: Jung Hana
  • Nama pentas: Zinger
  • Tarikh lahir: 2 Feb 1990
  • Posisi: Rapper
JIEUN

  • Nama sebenar: Song Jieun
  • Nama pentas: Jieun
  • Tarikh lahir: 5 May 1990
  • Posisi: Main Vocalist
SUNHWA

  • Nama sebenar: Han Sunhwa
  • Nama pentas: Sunhwa
  • Tarikh lahir: 6 Oct 1990
  • Posisi: Vocalist

No comments:

Post a Comment