Thursday 30 June 2011

Pelik tapi benar: 8 bencana terpelik di dunia

8 BENCANA TERPELIK DI DUNIA


BENCANA 1
Penaklukan ular di St. Pierre




Pada awal Mei 1902, hujan abu mulai turun terus menerus, dan bau sulfur yang menyengat mengisi ruang udara. Rumah penduduk di lereng bukit tidak boleh dihuni lagi menyebabkan lebih dari 100 ular fer-de-lances mula menyerbu 1/4 penduduk mulato di St Pierre. Ular sepanjang 6 kaki ini membunuh 50 orang dan tidak terhitung binatang ternakan.


BENCANA 2
Kepanikan di gereja Baptis Shiloh




19 Sept 1902, seramai 2000 orang berkumpul di Shiloh Baptist Church Birmingham, Alabama bagi mendengar ceramah. Selasai ceramah, terdapat sedikit persilihan tempat duduk, sehingga perkataan 'fight' terkeluar dari salah seorang ahli koir. Perkataan yang di salah tafsir itu sebagai 'fire' menyebabkan orang ramai meluru keluar. ruang pintu yang tidak besar serta tangga pintunya yang curam menyebabkan insiden pijak memijak. Insiden itu menyebabkan 115 orang terbunuh.


BENCANA 3
Banjir sirap air tebu di The Great Boston




15 Jan 1919, ketika penduduk Bostoni d North End sedang minakmati matahari siang, tiba-tiba tangki besi cast-iron yang besar milik syarikat kilang penapis pecah dan gelombang besar surap tebu asli mentah setinggi 2 tingkat menenggelamkan jalan  sehingga pinggir laut. Seramai 21 orang terbunuh dalam insiden ini. Boston berbau sirap air tebu selama seminggu dan pelabuhan menjadi coklat.


BENCANA 4
Letupan tabung gas Pittsburg




14 Nov 1927, berlaku kebocoran di tabung gas silinder yang terbesar di dunia dan tukang reparasi ditugaskan untuk memperbaiki. Sekitar pukul 10 pagi kebocoran dapat di kesan dan tangki yang berisi 5 juta kubik gas naik ke udara dan meletup. efek dari kombinasi tekanan udara dan api memberi tekanan dan menyalakan kemusnahan berbatu persegi. Seramai 28 orang maut dan ratusan tercedera.


BENCANA 5
Demonstrasi The Gillingham Fire




Setiap tahun ahli bomba Gillingham, di Kent, England akan membina 'rumah' sementara serta beberapa orang lelaki tempatan dipilih. 11 Julai 1929, 9 budak lelaki dipilih. Tujuannya untuk demonstrasi memadam kebakaran. Akibat kesilapan, api menyala terlebih dahulu. Penonton menyangka apa yang mereka lihat adalah jenaka dan memberikan tepukan. Sementara ahli bomba di luar menyembur air kerana mengetahui bencana sebenar. 15 orang terkorban di dalam rumah tersebut.


BENCANA 6
Robohnya bangunan The Empire State




28 Julai 1945, pilot yang membawa B-25 Light Bomber berlegar di udara. Keadaan kabus membuatkan jarak penglihatan kurang baik. Akibatnya tiba-tiba pesawat tersebut muncul, menerpa antara bangunan dan kemudian terjun meluku sisi bangunan Empire State. Satu dari mesin pesawat menghentam 7 dinding keluar dan apabila bahan api pesawat meletup mengakibatkan 6 tingkat di telan api. 11 orang termasuk 3 pemandu pesawat meninggal.


BENCANA 7
Peristiwa Tunguska




30 Jun 1908, berlaku letupan besar berhampiran Sungai Tunguska yang disebabkan oleh meteor sepanjang 20 meter. Tenaga letupan dianggarkan antara 10 hingga 20 megaton TNT. Ledakan ini membantun 80 juta pokok hampir 2,150 km persegi. Kerosakannya boleh dilihat dari satelit di angkasa.


BENCANA 8
Amukan gajah hutan Chandka




Pada musim bunga 1972, kawasan hutan Chandka di India diserang gelombang kepanasan. Gajah tempatan menjadi terhasut kerana suhu yang tinggi dan kekurangan air. Kemuncaknya pada 10 Julai, apabila segerombolan gajah mengamuk dan menyerang 5 buah desa di situ, meninggalkan kerosakan besar-besaran.

2 comments:

  1. Nice information!! keep it up...

    saya suka blog nih...jadi saya follow la...

    follow la saya punya...

    http://mat-jungle.blogspot.com/

    terima kasih ye :)

    ReplyDelete
  2. da follow ke?
    Npe xde kt list follower?
    anyway thnx so much.still new here

    ReplyDelete