Thursday 1 March 2012

Gajet & IT: TELEFON 3D PERTAMA

Pernah dengar mengenai hp pintar yang menggunakan perisian 3D??
Dalam sibuk kita mengejar gajet seperti ipad, iphone sedar xsedar satu produk baru telah dilancarkan menggunakan perisian 3D.
So, lets check out.



PENGENALAN telefon pintar yang dibangunkan LG Corp berasaskan teknologi tiga dimensi (3D) menjadi tumpuan kalangan peminat peranti teknologi moden tahun ini. 


LG Optimus 3D P920 adalah produk pertama di dunia yang mengetengahkan inovasi penyampaian visual lebih kreatif dan serta menepati standard teknologi 3D tahun ini.
Keberanian syarikat konglomerat kedua terbesar Korea Selatan memanfaatkan ruang yang disediakan sistem operasi Android 2.2 dalam teknologi 3D wajar diberikan pujian.
Penilaian itu berdasarkan kualiti penyampaian visual serta imej yang mampu menandingi kelengkapan digital lain, khususnya televisyen 3D yang boleh didapati di pasaran ketika ini. 




Lebih menarik, LG Optimus 3D P920 adalah peranti moden yang tidak memerlukan penggunaan kaca mata khas 3D ketika melihat semula imej dan video yang dirakam. 


Pada ukuran 128.8 x 68 x 11.9 milimeter dan seberat 168 gram, saiz telefon pintar ini adalah lebih besar. 


Bagaimanapun, reka bentuk luaran berasaskan bahan plastik hitam dan diperkemaskan dengan sentuhan metalik masih mampu mengekalkan ciri ekslusif telefon 3D pertama di dunia. 
Faktor penyumbang kepada saiznya dipengaruhi dua unit pengesan kamera lima megapiksel yang ditempatkan pada bahagian belakang telefon berkenaan. 


Komponen terbabit adalah ciri penting bagi memastikan fungsi penyampaian imej dan video 3D menerusi produk yang lebih kecil dan kompak dirasai. 




Sistem 3D pada telefon pintar LG Optimus itu turut menyokong format video 2D. Ini bagi membolehkan pengguna menikmati format imej Definisi Tinggi (HD) lengkap 1080p kerana sistem 3D yang diperkenalkan hanya mampu menyediakan rakaman visual pada resolusi 720p. 


Operasi kamera untuk imej dan video 3D mudah dikendalikan dengan proses pemindahan mod 2D dan 3D boleh dilakukan menerusi satu kawalan butang fungsi. 


Selain ciri utama 3D, pembangun produk telefon pintar terkini LG tidak memandang remeh fungsi lain untuk model itu, khususnya keupayaan melayari internet. 




Penggunaan prosesor teras berkembar membolehkan pelayaran internet lebih lancar manakala skrin resolusi tinggi memudahkan pengguna membaca teks pada laman web atau e-mel. 


Namun, terdapat beberapa kelemahan pada produk ini seperti aspek kecekapan fungsi kamera dan pengurusan bateri walaupun fungsi 3D tidak digunakan. 


Secara keseluruhannya, penampilan sulung fungsi 3D itu adalah pendekatan yang positif serta berani dan dijangkakan dalam tempoh terdekat lebih banyak produk telefon mudah alih berkonsepkan 3D akan ditawarkan kepada pengguna. 


Namun pada harga lebih tinggi dan bilangan produk digital berasaskan teknologi 3D yang masih rendah, keperluan pengguna untuk memilikinya masih menjadi persoalan. 

No comments:

Post a Comment