Tuesday 12 April 2011

Gajet: Pilihan minggu ini..

Entri kali ini akan mengupas mengenai gajet pilihan pada minggu ini
Pasti ramai di antara kita yang masih belum mengetahui gajet yang terdapat di pasaran pada masa kini.
Kali ini kita akan melihat sendiri gajet yang bagus kepada semua yang menggemari kamera, telefon bimbit, dan lain-lain lagi.

LUMIX GH-2



Pasti ramai tidak mengetahui gajet ini. Tapi bagi pengemar kamera DSLR, anda pasti mengetahuinya. kamera ini mula dipamerkan di Ceatec 2010 di Jepun dan mendapat sambutan hangat. Panasonic melancarkan kamera DSLR ini dengan menggunakan lensa 3D boleh tukar yang boleh merakamkan imej 3D dan tayangkan pada televisyen 3D di rumah anda. Bayangkanlah betapa maju dunia sekarang sehinggakan gambar pun dah boleh jadi 3D :-)


PANASONIC HDC-SDT750



Panasonic mula melancarkan kamkoder 3D amatur yang pertama di dunia dengan menggunakan sistem 3MOS, lensa pemindahan 3D dan ciri inovatif untuk memudahkan rakaman. Jika tidak menggunakan  lensa 3D, gajet ini mampu merakamkan video 2d kualiti HD terbaik. Selain itu mampu merakam 1080/60p untuk NTSC dan 1080/50p untuk PAL serta penstabil imej Hibrid O.I.S mengelak gegaran atau imej kabur.
Jadi,kepada sesiapa yang mencari kamkoder, inilah pilihan terbaik selain menggunakan imej 3D.


iPOD SHUFFLE



Bagi peminat muzik pula dan ingin mencari sesuatu bagi menyimpan lagu-lagu kesukaan anda, ini lah pilihan terbaik pada masa kini.
Lebih kecil dan mampu dimiliki. Rekaan butang bulat Shuffle kini kembali dan di tambah dengan inovatif VoiceOver Apple serta Playlist yang membenarkan pengguna menavigasi serta beralih antara trek meskipun tanpa melihat pemain.
Didatangkan dalam kerangka aluminium menarik serta mampu bertahan selama 15jam dan storan 2Gb.


BLACKBERRY PLAYBOOK



Blackberry kali ini muncul dengan komputer Tablet gred profesional bagi memenuhi keperluan semasa. Pengguna boleh melayari web, melakukan multi tugas dan menikmati hiburan multimedia kecekapan tinggi dengan sokongan oleh pemprosesan teras berganda 1GHz
Selain itu,ianya boleh dipadankan dengan telefon pintar Blackberry menerusi sambungan Bluetooth. Menyokong rakaman dan tayangan video HD 1080p dan dilengkapi dengan perisian popular Adobe seperti Adobe Flash Player 10.1 dan Mobile AIR.




HTC ARIA


Dalam kita sibuk mengatakan mengenai HTC Sense, terdapat satu lagi keluaran milik HTC yang mampu menyayangi telefon pintar lain iaitu HTC ARIA.  Dilengkapi dengan kamera 5 megapixel, skrin 3.2 inci, kefungsian Android 2.1 terkini, teknologi popular HTC Sense dan reka bentuk yang selesa. Friend Stream, Facebook, Twitter dan Flickr boleh dikemaskini dalam satu paparan yang sama.
Fungsi internet turut dikatakan menjadi kelebihan Aria. Pengguna boleh mengakses pelbagai servis Google seperti maps dan lain-lain lagi. Kelebihan sebagai telefon android pula membolehkan lebih daripada 70 000 aplikasi di muat turun ke dalam telefon ini.

1 comment:

  1. WhatsApp 085 244 015 689
    Terimakasih banyak AKI karna melalui jalan togel ini saya sekarang sudah bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya bahkan saya juga sudah punya warung makan sendiri hi itu semua berkat bantuan AKI JAYA yang telah membarikan angka 4D nya menang 275 jt kepada saya dan ALHAMDULILLAH berhasil,kini saya sangat bangga pada diri saya sendiri karna melalui jalan togel ini saya sudah bisa membahagiakan orang tua saya..jika anda ingin sukses seperti saya hubungi no hp O85-244-015-689 AKI JAYA,angka ritual AKI JAYA meman selalu tepat dan terbukti..silahkan anda buktikan sendiri. 2D 3D 4D 5D 6D



    WhatsApp 085 244 015 689
    Terimakasih banyak AKI karna melalui jalan togel ini saya sekarang sudah bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya bahkan saya juga sudah punya warung makan sendiri hi itu semua berkat bantuan AKI JAYA yang telah membarikan angka 4D nya menang 275 jt kepada saya dan ALHAMDULILLAH berhasil,kini saya sangat bangga pada diri saya sendiri karna melalui jalan togel ini saya sudah bisa membahagiakan orang tua saya..jika anda ingin sukses seperti saya hubungi no hp O85-244-015-689 AKI JAYA,angka ritual AKI JAYA meman selalu tepat dan terbukti..silahkan anda buktikan sendiri. 2D 3D 4D 5D 6D

    ReplyDelete